Kalau anda dah mencuba pelbagai perniagaan Internet, tapi hampa -- BERHENTI -- dan baca pesanan ini seketika ...

Kerap Kali Saya Dengar Pasal Orang Buat Duit Dari Internet. Mulanya Saya Kurang Percaya Sehinggalah Saya Berjumpa Dengan Dua Pemuda Ini.

 

Sejak kebelakangan ni, makin ramai pula orang yang cuba menunjukkan kaedah menjana pendapatan dari Internet. Ada yang membuat pengakuan bermacam-macam. Ada yang mangaku membuat ribuan ringgit dari Internet. Ada yang menyatakan membuatnya secara sampingan di rumah.

Tapi saya masih musykil. Betul ke mereka ni semua. Boleh percaya ke? Ada ke orang Malaysia yang menjana pendapatan USD dari Internet?

Saya beruntung kerana mengenali dua orang budak muda, dari Malaysia kita ini sendiri. Mereka dengan bermurah hati telah mengajar saya cara-caranya. Mereka inilah yang menjadi guru saya. Malahan, mereka juga menunjukkan bukti pencapaian mereka kepada saya. Bukan itu sahaja, orang lain yang pernah saya cuba tanya agak keberatan untuk menunjukkan laman web mereka. Tapi tidak mereka berdua ini.

Sebenarnya, saya juga diamanahkan untuk merahsiakan apa yang mereka tunjuk kepada saya. Tapi yang ini mereka benarkan …

Saya tahu anda nak tahu siapa mereka berdua ini. Tapi biar saya ceritakan sedikit perjalanan saya sebelum menemui mereka berdua ini.

Sebelum ini, saya pun ada cuba-cuba. Sebelum saya mencuba, banyak juga kajian yang saya buat. Nak kata kajian terperinci tu, tidaklah … adalah sekadar melayari dan membaca laman web yang saya temui. Banyak juga yang saya jumpa …

Kalau nak diringkaskan, ada banyak kaedah yang kita boleh guna untuk menjana pendapatan dari Internet. Dari bacaan saya, kita boleh jual barang, jual ebook, berikan perkhidmatan … Ada yang buat autosurf, ada yang menganggotai high yield investment program (HYIP) dan bermacam-macam lagi.

Tapi dua orang guru saya ini mengesyorkan saya hanya tumpukan kepada Adsense dan affiliate program. Ianya lebih jujur dan kita ketahui dari mana sumber wang itu datang. Lain-lain program, sumbernya mungkin diragui. Sebagai orang Islam, saya bersetuju.

Apa Itu Adsense?
Apa Itu Affiliate Program?

Bagaimana Boleh Buat Duit?

Adsense adalah program pengiklanan dari Google … Iye … Google syarikat enjin carian itu. Dengan Adsense, sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang, dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu.

Mungkin anda tak paham dari mana duit itu datang.

Sebenarnya, Google mempunyai satu lagi program bernama Adwords. Program ini adalah berlawanan dengan program Adsense. Program Adwords merekrut mereka yang ingin mengiklankan perniagaan mereka. Dan pengiklan ini akan dicaj mengikut jumlah klik yang dijana. Iklan-iklan ini pula akan diagih-agihkan kepada jutaan laman web yang menganggotai program Adsense.

Sekiranya anda menganggotai Adsense, sebahagian daripada apa yang dibayar oleh pengiklan adalah apa yang anda akan terima. Tapi itupun bergantung kepada jumlah pengunjung dan jumlah klik yang laman web anda janakan.

Berapa anda dapat untuk satu-satu klik berbeza-beza mengikut berapa yang pengiklan bayar. Ada sesetengah iklan itu murah kliknya. Ada pula iklan-iklan yang mahal kliknya.

Diandaikan secara purata anda menerima $0.20USD untuk satu klik, dan laman web anda menjana 25 klik sehari, anda akan menerima $5USD sehari. Didarab dengan 30 hari sebulan, anda boleh menjana $150USD sebulan. Tapi ini adalah andaian sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adsense, anda boleh lawati laman webnya: http://www.Google.com/adsense

Affiliate Program pula … Berbanding dengan Adsense yang mana anda mendapat pendapatan daripada setiap klik yang dijana, dengan affiliate program anda mendapat komisyen daripada setiap jualan.

Berbeza dengan klik yang mana hasilnya mungkin kecil, dengan affiliate program, anda boleh mendapat sehingga 50% atau mungkin 60% daripada jualan. Komisyen yang besar adalah lebih biasa untuk produk-produk digital. Untuk produk fizikal, komisyen boleh mencecah sehingga 20%.

Biar saya berikan contoh. Anda menganggotai affiliate program sebuah kedai online yang menjual kasut. Kita namakan kedai ini “Kedai Kasut ABC”. Kedai Kasut ABC menawarkan komisyen 10% daripada setiap jualan. Maka anda pun membina sebuah laman web berkenaan fesyen kasut. Dan secara tidak langsung anda mencadangkan kepada pengunjung anda untuk membeli kasut di Kedai Kasut ABC.

Dengan teknologi Internet, mereka yang datang dari laman web anda ke ke Kedai Kasut ABC boleh dikenalpasti. Dan sekiranya ada di antara mereka membuat pesanan kasut, anda akan diberi komisyen 10%.

Kita andaikan anda menjana 4 jualan seminggu untuk Kedai Kasut ABC. Dan secara purata setiap jualan bernilai $100USD. Ini bermakna seminggu anda membuat jualan bernilai $400. Dan dari jumlah itu, dengan komisyen 10%, anda membuat $40 untuk diri anda sendiri. Dalam sebulan, anda boleh membuat $160USD secara sambilan di rumah. Dan sekali lagi, ini adalah andaian sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Ada banyak affiliate program yang boleh anda anggotai. Cuba lawati laman web berikut:

 

 

Bila Banyak Duit Dah Dihabiskan, Banyak Masa Dah Terbazir, Saya Hampir Putus Asa...

Pada mulanya saya mencuba secara sendirian. Berbekalkan hasil bacaan kejayaan orang lain, saya cuba kuatkan hati. Hampir tiap malam, apabila balik dari kerja, saya akan mengadap komputer.

Isteri dan anak-anak pun mula naik bosan. Biasanya saya akan menonton berita bertemankan anak-anak, dan juga akan makan bersama. Tapi sejak saya usahakan ‘perniagaan online' saya, semua itu hampir terabai. Ada malam-malam yang mana saya tak usik langsung makanan di meja. Kononnya berkorban untuk keluarga juga.

Tapi, mingu demi minggu, satu sen pun saya tak nampak. Walaupun saya cuba hadkan perbelanjaan saya, tapi sudah agak banyak juga yang saya habiskan. Saya beli ebook, perkhidmatan laman web dan nama domain. Adakalanya, terasa untuk mengalah sahaja. Mungkin itu yang lebih baik untuk keluarga.

Tapi di saat-saat genting itu, saya mengenali dua orang budak muda ni. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan mereka kerana tanpa mereka mungkin saya masih menggapai-gapai mengusahakan semuanya sendiri, tanpa sebarang hasil. Dua orang budak muda ni dah saya anggap sebagai guru saya sekarang.

Secara jujur, saya belumlah kaya hasil daripada pendapatan Internet. Saya belum boleh berhenti kerja. Saya pun faham, walaupun ini ‘online business', hasilnya bukanlah datang sekelip mata. Ianya perlukan usaha dan masa. Tapi setidak-tidaknya saya mula nampak hasilnya. Satu sen USD pertama yang saya tunggu itu, dah lama saya perolehi.

Dengan tunjuk ajar mereka berdua ni, saya tahu saya lakukan perkara-perkara yang betul … dan bukannya membuang masa setiap malam dengan usaha-usaha yang ‘entah berhasil, entah tidak'. Masa saya gunakan lebih bijak sekarang. Dan saya tak perlu mengadap sangat komputer setiap malam.

Apabila hasil dah mula nampak, isteri dan anak-anak juga memberi sokongan. Malahan isteri saya juga mula ambil minat dan nak tahu apa yang saya usahakan ini. Secara peribadi, itu adalah tanda sokongan yang paling saya bermakna.

Saya rasa dah sampai masanya saya perkenalkan dua pemuda orang guru saya ini.

 

Guru Pertama Saya, Iszuddin Ismail (Kidino)

Guru pertama saya adalah Iszuddin Ismail. Dalam komuniti online, dia ni lebih dikenali sebagai Kidino. Orangnya biasa sahaja. Pada mulanya, saya ingatkan orang-orang yang berjaya dengan ‘online business' terlalu sibuk dan mungkin agak keberatan melayan karenah pendatang baru macam saya ini. Tapi Kidino tidak. Dia agak mesra dan murah hati. Malahan saya terkejut dengan pelawaan Kidino untuk berjumpa pada pertama kali dahulu.

Memandangkan Kidino mengusahakan perniagaan online secara sepenuh masa, dan pelawaan yang saya terima itu adalah pada hari kerja, terpaksalah saya ambil cuti. Pelawaan sebegini, takkan saya nak lepaskan.

Kidino dah berkecimpung dengan Adsense dan affiliate program sejak 2003. Pada mulanya hanya untuk cuba-cuba dan hanya diusahakan secara sambilan. Tapi apabila ianya mendatangkan hasil, Kidino mula serius.

Dan sekarang, Kidino hidup selesa dengan mengusahakan perniagaan online secara sepenuh masa. Ini adalah salah satu bukti kepakaran beliau dalam bidang ini.

Sejak berkecimpung dengan Adsense, Kidino telah mendeposit lebih $10,000 USD ke dalam bank akaunnya.

Kidino juga telah mendapat kepercayaan Dr. Irfan Khairi untuk menjadi tetamu jemputan dalam salah satu seminar yang beliau anjurkan. Dalam sesi ringkas tersebut, Kidino telah mengajar peserta kursus beberapa tips tentang Adsense.

 

Guru Kedua Saya, Mohd. Suhaimy (Shuth)

Guru kedua saya adalah Mohd. Suhaimy yang juga dikenali sebagai Shuth. Berbeza dengan Kidino, Shuth masih bekerja di sebuah institusi swasta. Mungkin dia mampu untuk mengerjakan perniagaan online secara sepenuh masa. Tapi dah ini pilihannya. Tapi ini juga bukti yang perniagaaan online ini boleh diusahakan secara sambilan.

Sekarang Shuth menjalankan beberapa perniagaan Internet seperti web hosting, forum and pelbagai lagi. Adsense hanyalah salah satu daripada cabang pendapatan Internetnya. Banyak yang telah saya pelajari daripadanya.

 

Mulanya Kidino dan Shuth TAK MAHU Mengajar!

Puas Saya Pujuk ... Akhirnya Mereka Setuju, Itupun Bersyarat ...

Berdasarkan pengalaman saya dengan Adsense ini, saya yakin, pasti ramai lagi yang menghadapi masalah seperti saya dahulu, setiap malam mengusahakan peluang Internet ini tanpa hasil. Dan setiap hari saya berharap mendapat petunjuk yang dapat membuahkan hasil.

Nasib saya lebih baik kerana bertemu dengan Shuth dan Kidino … tetapi saya tahu, ramai lagi yang masih berusaha, dan mungkin juga hampir putus asa.

Sebenarnya latarbelakang saya adalah dalam bidang latihan. Saya seorang eksekutif bahagian latihan di sebuah syarikat swasta. Sebagai eksekutif bahagian latihan, saya usulkan kepada kedua orang guru saya ini untuk diadakan kelas sehari berkenaan Adsense dan affiliate program. Saya pasti ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Tapi pada mulanya mereka tolak. Kenapa? Ini apa yang mereka katakana …

Farid, aku tak berapa selesa bercakap depan orang ramai ni. Dan aku tak berapa pandai menguruskan kursus macam ni …

- Shuth

Tapi saya yakinkan mereka, saya akan uruskan tentang kelas sehari ini. Dengan pengalaman yang saya ada sebagai eksekutif bahagian latihan, ianya bukanlah masalah besar. Pasal perucapan awam, saya katakan, yang penting adalah isi kandungannya. Kalau isinya baik, pasti dihargai orang. Dan daripada apa yang telah saya pelajari, saya yakin guru-guru saya ini mempunyai pengalaman yang bernilai untuk dikongsi bersama. Dan pasti ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Tapi ini yang menjadi isu sebenar …

Farid, lagi satu hal yang aku malas nak ajar orang Malaysia ni, dia orang ni suka nak tipu bila ada peluang-peluang yang macam ni. Bukannya benda-benda macam ni tak pernah berlaku. Pernah … dulu ada satu affiliate program, Commission Junction (http://www.CJ.com). Sebab ramai sangat orang Malaysia yang cuba tipu, mereka terus tutup keahlian kepada orang Malaysia.

Dan ada lagi satu, ClickBank (http://www.ClickBank.com). Mereka juga dah tutup keahlian kepada orang Malaysia. Sebut saja orang Malaysia, mereka akan terus tolak permohonan.

Sebab benda-benda yang macam ni yang aku malas nak ajar orang Malaysia. Tak tahulah … Adakah mentaliti orang kita ni belum bersedia? Asyik nak main tipu aje.

Buat setakat ini, Adsense hanya menarikbalik keahlian bagi orang-orang yang menipu. Dan ramai juga orang Malaysia yang telah terkena. Tapi kalau banyak sangat nanti, kalau Adsense pula yang tutup pintu untuk orang Malaysia, macam mana?

Tu yang aku malas nak ajar orang Malaysia ni …

- Kidino

Betul juga kata guru saya ni. Saya tak tahu tentang hakikat perkara ni. Tapi bila dah dengar dari guru saya ni, sedih juga rasanya. Dalam ramai yang cuba menipu, mungkin ramai yang masih jujur.

Saya cuba pujuk guru-guru saya ni … saya katakan, dengan mengadakan kelas inilah dapat kita memberikan tunjuk ajar yang betul, dapat kita perbetulkan mana yang silap. Mungkin ini adalah satu langkah kecil mendidik orang kita supaya perbaiki mentaliti mereka.

Saya pun pelik macam mana guru-guru saya ni dulu boleh pula memberi tunjuk ajar kepada saya. Mungkin dia kesian dengan usaha saya yang tak berhasil. Dan mungkin dia nampak yang saya ikhlas mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri. Terus terang saya katakan saya tak pernah cuba menipu dalam hal ini.

Puas juga saya pujuk guru-guru saya ni. Mungkin nasib anda, akhirnya mereka hanya setuju juga, tapi bersyarat. Syaratnya, mereka akan mengajar kelas sehari itu hanya untuk orang-orang yang jujur, yang ingin mencari rezeki yang halal.

Betul … lepas kelas sehari ini, walaupun diajar segala keadah dan teknik yang lebih berkesan, mungkin masih ada yang cuba menipu untuk mendapatkan pulangan dengan lebih cepat. Saya katakan pada guru-guru saya ini, mereka inilah orang yang derhaka pada guru. Dan dalam mana bangsa dan budaya, mereka yang derhaka pada guru pasti akan menerima akibat.

 

Butir Mutiara Yang Anda Akan Bawa Pulang Sekiranya Anda Menyertai Kelas Sehari Ini

Jadi apa yang akan dipelajari dalam kelas sehari ini? Anda akan pelajari perkara yang sama yang telah saya pelajari. Dan dalam kelas sehari ini, ianya dibahagikan kepada empat slot masa. Dan dalam sehari ini, ini yang anda akan pelajari.

  • Apa itu Adsense dan affiliate program
  • Bagaimana mendaftar untuk Adsense
  • Bagaimana mendaftar untuk affiliate program
  • Bagaimana mendapatkan topik yang menguntungkan
  • Langkah-langkah melakukan kajian untuk sesuatu topik
  • Bagaimana menyusun topik dengan lebih baik
  • Bagaimana mendapatkan artikel
  • Bagaimana menulis artikel yang menjual
  • Ketahui perkara-perkara yang anda MESTI jauhi
  • Kaedah mendapatkan trafik dengan berkesan
  • Bagaimana melakukan search engine optimization (SEO)
  • Bagaimana mendapatkan inbound link dengan segera
  • Proses-proses pembinaan laman web yang penting untuk SEO
  • Bagaimana menganalisa trafik
  • Memahami laporan Adsense
  • Bagaimana mendapatkan dan meletak kod Adsense
  • Menggunakan ‘channel' untuk memperbaiki hasil
  • Kaedah meletakkan Adsense yang memberikan pulangan maksimum
  • DAN BANYAK LAGI ...

Sebab UTAMA Kenapa Anda Mesti Hadiri Kelas Ini

Dengan pelbagai laman web yang menawarkan maklumat secara percuma, mungkin anda bercadang untuk melakukannya sendiri. Boleh. Tiada masalah dengan semua itu.

Tapi masalahnya hanya satu - masa. Kidino dulu mengambil masa hampir setahun sebelum memulakan segalanya. Saya pula mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan sebelum melihat hasilnya. Dan dalam perjalanan itu, berapa ringgit pula dihabiskan untuk Internet, membeli nama domain dan perkhidmatan laman web?

Anda pula bagaimana?

Dengan menghadiri kelas sehari ini, saya yakin ianya dapat memberikan permulaan yang lengkap untuk anda. Dengan ilmu yang bakal anda pelajari, anda boleh balik dan terus melakukannya di rumah tanpa ragu-ragu.

Sekiranya anda memang sudah memulakannya, lagi bagus. Kelas ini pasti boleh memberikan anda pengetahuan untuk meningkatkan lagi pendapatan anda. Dan sekiranya anda seperti saya dahulu, membina laman web yang tidak mendatangkan hasil, kelas ini pasti dapat menunjukkan di manakah silapnya.

Apa yang anda akan pelajari adalah kaedah terbaik, terpantas untuk menjana pendapatan dari Adsense dan affiliate program. Lebih cepat anda melihat hasilnya, lebih kuranglah ‘sakit' yang anda alami.

Seperti mana saya yang telah mendapat manfaat daripada dua orang pemuda ini, saya pasti anda juga akan rasakan yang sama. Perbezaannya yang saya alami ada dalam cara saya berfikir dan juga pendapatan dari Internet yang saya perolehi sekarang ini.

Bukan senang untuk berjumpa, mengenali dan seterusnya belajar terus daripada orang yang seperti ini. Dengan perniagaan mereka sendiri yang mereka perlu kendalikan, jarang-jarang peluang sebegini kita dapati.

Sekiranya anda sudah bersedia untuk mengikuti kelas sehari ini, tandakan dalam kalendar anda. Kelas ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut.

TARIKH & TEMPAT

Sabtu, 15 Julai 2006
Selangor Human Resource Development Centre, World Wide Business Centre, Shah Alam, Selengor
(berdekatan Tesco dan Pusat Akuatik)

Dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
(makan tengahari dan minum pagi dan petang disediakan)

 

Berapa? Mungkin Harga Kami Ini Terlalu Rendah.

Sekiranya anda lihat, mana ada kelas yang mengajar menjana pendapatan dijual dengan harga tidak kurang dari RM1000 sehari. Cubalah hadiri seminar tentang saham, hartanah atau mana-mana seminar seumpama itu – anda pasti bersetuju dengan saya.

Saya boleh meletakkan harga yang serupa. Apa yang dikongsi oleh Shuth dan Kidino dalam kelas sehari ini bernilai ribuan ringgit. Mungkin kami perlu letakkan harga RM999.00, atau mungkin RM1,499.00.

Tapi kami faham siapa yang bakal menghadiri kelas ini nanti. Ianya hanyalah mereka yang jujur dan ikhlas, yang ingin mencari pendapatan sampingan yang halal.

Kalau diikutkan, ingin sahaja kami meletakkan yuran RM10. Tapi anda perlu faham, itu tidak mungkin. Selain daripada kos sewa tempat, peralatan dan pengurusan, mengendalikan kelas ini merupakan masa kami berjauhan dari perniagaan asal kami.

Bagi Kidino dan Shuth, masa yang diluangkan sehari boleh mendatangkan ribuan ringgit dalam perniagaan mereka. Sudah jelas, mereka akan meluangkan masa bersama kita semua ketika kelas ini nanti. Dan itu tidak termasuk masa merangka isi kandungan dan membuat persiapan.

Oleh itu, kami cuba fikirkan satu harga yang berpatutan untuk anda, dan berbaloi dengan masa yang kami korban.

Jadi untuk kelas sehari berkenaan Adsense dan affiliate program ini, kami hanya meminta RM297 daripada anda. Saya pasti jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai ilmu yang anda bakal perolehi.

Dan ini pula adalah sedikit buah tangan dari kami, sekiranya anda mendaftar untuk kelas ini sekarang.

Bonus 1: Quick Guide to SEO for Adsense and Affiliate Program

Ini adalah buku karangan Kidino sendiri. Ianya dijual dengan harga $37USD. Ianya berkenaan kaedah mendapatkan posisi yang tinggi dalam enjin carian. Sekiranya anda mendapat posisi yang tinggi, anda akan mendapat lebih banyak trafik. Lebih banyak trafik bermakna lebih banyak pendapatan.

Ini adalah bonus pertama yang anda akan terima secara percuma sekiranya anda mendaftar hari ini. Bernilai $37.00USD atau RM133.00.

Maklumat lanjut di http://www.AdsenseSEOGuide.com


Bonus 2: Chapter M (The Secrets to Paypal and ClickBank for Malaysians)

Ramai orang Malaysia mempunyai akaun Paypal. Tapi Paypal tidak memberikan kita cara untuk mengeluarkan wang kita dari sana. Masalah yang hampir serupa kita alami dengan ClickBank. Setalah ClickBank menutup pintu pada orang Malaysia, kita tidak dapat menganggotainya lagi.

Tapi terima kasih kepada Gobala Krishnan yang telah menulis buku Chapter M. Ianya adalah cara bagaimana kita boleh menggunakan Paypal, mengeluarkan wang dari sana dan juga menganggotai ClickBank, walaupun kita orang Malaysia.

Ini adalah bonus kedua yang anda akan terima secara percuma sekiranya anda mendaftar hari ini. Bernilai $18.00USD atau RM67.00.

Maklumat lanjut di http://www.Chapter-M.com

Saya rasa sudah tiada halangan lagi. Kami sudah menyediakan yang terbaik, dengan harga yang paling rendah. Apa yang kami harapkan sekarang adalah penyertaan anda. Kidino dan Shuth sungguh bersemangat sekarang untuk berjumpa dengan anda. Dan harapnya ada pun sama.

Anda Sudah Bersedia?

Pendaftaran dan Bayaran

Sekiranya anda sudah bersedia untuk menyertai kursus ini, anda boleh membuat pendaftaran dan bayaran seperti berikut.

[ Minta Maaf - Pendaftaran Ditutup ]

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya. Anda boleh email (mfs_hariz[at]yahoo.com) atau telefon (013-3643101).

Salam Maju Jaya,

 

Mohd. Farid Sulaiman

 

PERHATIAN

Ini bukan kelas bagaimana membina laman web. Itu bukan apa yang kami ajar. Kami mengajar bagaimana menjana pendapatan dari Adsense dan affiliate program, dan juga teknik-teknik mengoptimumkan pendapatan.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana membina laman web, saya cadangkan anda membeli sebuah buku di kedai buku MPH, Kinokuniya, Times, Borders atau lain-lain dan mempelajarinya sendiri.

Anda juga boleh menghadiri kursus-kursus di pusat-pusat komputer berkenaan Dreamweaver atau Frontpage.

Kelas ini hanya memfokuskan pada Adsense dan affiliate program. Memang banyak kaedah membuat duit di Internet. Tetapi kelas sehari ini hanya memfokuskan pada Adsense dan affiliate program sahaja. Kami tidak mengajar bagaimana menulis dan menjual ebook. Kami tidak mengajar tentang forex. Kami tidak mengajar tentang HYIP dan autosurf. Kami tidak mengajar tentang jualan lelongan dan eBay. Kami tidak mengajar tentang GoogleCash, Adwords dan pengiklanan pay-per-click (PPC). Kami tidak mengajar menulis ezine dan pemasaran email. Hanya Adsense dan affiliate program.